Saturday, January 19, 2008

Tips (extra) bulan ini: Pentingnya berbahasa Inggeris

Dalam perniagaan zaman sekarang ni, kemahiran berbahasa
Inggeris memang penting. Dulu lain, sekarang lain. Dulu kita
boleh get away kalau tak fasih English. Zaman sekarang tak boleh...

Khas untuk mereka yang kurang sikit dalam bahasa Inggeris, tak
boleh guna lagi alasan... "Mendiang Lim Goh Tong tak pandai
berbahasa Inggeris pun boleh berjaya dalam perniagaan sampai
jadi billionaire!"

Cuba
perhatikan anak-anak Lim Goh Tong yang menerajui Genting
kini... adakah mereka juga tidak pandai berbahasa Inggeris? Sudah

tentunya tidak!

Zaman ini, zaman ICT, bagi mereka fasih berbahasa Inggeris,
memang mempunyai banyak peluang perniagaan berbanding
dengan mereka yang tidak fasih. Lihat sahaja keliling.


Sekiranya anda tak berapa pandai "speaking", satu latihan yang
anda boleh mula dari sekarang adalah, ambik buku yang menarik
minat anda berbahasa Inggeris (tak kira, nak guna buku motivasi
ke, buku perniagaan ke... komik pun boleh), bila membaca, baca
kuat-kuat.

Bukan maksud saya baca kuat sampai jiran rumah sebelah boleh
dengar. Baca "bersuara" lah katakan... perlahan pun tak mengapa
asalkan suara keluar.

Cara ini adalah untuk menjadikan mulut & suara kita lebih fasih
apabila bertutur dalam English. Kalau kita baca dalam hati sahaja,
bibir & mulut kita tidak "exercise" sama. Tetapi, kalau baca
bersuara, ia akan melatihkan mulut anda untuk lebih lancar
berbahasa Inggeris... secara automatik grammar dan sebagainya
akan sebati dalam pertuturan anda.

Belum cuba belum tahu! tak pandai skipping takpe... jangan tak
pandai speaking pula... :) perlahan-lahan dalam berlatih, lepas

ni boleh ganti Ryan Seacrest!

Pastikan anda klik link ini ~ Program KelabUE

No comments: