Monday, January 7, 2008

Tips bulan ini: Jangan hanya bergantung kepada 1 punca pendapatan sahaja!

Anda pernah buat kesilapan ini?
Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma baru
dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?
Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar.. Tetapi jangan
risau, kerana hampir 95% orang lain
juga membuat perkara
yang sama... termasuk saya! :-)
Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah
taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang
cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan...
secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca
buku bestseller, Robert T. Kiyosaki "Rich Dad Poor Dad".
Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang
broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau,
Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau
melihatnya.
Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun
melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta
Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan
membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun
menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu...
Ok, biar saya terangkan.
Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama
5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu
projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari projek
hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan
kereta Porsche tersebut. Secara logiknya, bukankah beliau
membeli kereta ini secara percuma?
Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda
mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu
memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan
tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.
Ingat duit yang masuk ke kocek anda ialah aset, dan duit yang
keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa
anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya.
Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote,
boss anda kedekut isteri anda habiskan duit anda atau apa juga
alasannya.
Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup
senang ialah
mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk
membayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak..
semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda
semakin berkurangan. :-(
Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada
satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan
bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh
membantu.
Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya
ialah
internet, MLM (Make Lots of Money), gayapos, ejen insuran,
ejen unit amanah, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda
fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian
hidup anda.
Konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan 
membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar
seorang jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba
fahamkan.
Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!

Pastikan anda klik link ini ~ Program KelabUE

No comments: