Saturday, January 19, 2008

Tips (extra) bulan ini: Pentingnya berbahasa Inggeris

Dalam perniagaan zaman sekarang ni, kemahiran berbahasa
Inggeris memang penting. Dulu lain, sekarang lain. Dulu kita
boleh get away kalau tak fasih English. Zaman sekarang tak boleh...

Khas untuk mereka yang kurang sikit dalam bahasa Inggeris, tak
boleh guna lagi alasan... "Mendiang Lim Goh Tong tak pandai
berbahasa Inggeris pun boleh berjaya dalam perniagaan sampai
jadi billionaire!"

Cuba
perhatikan anak-anak Lim Goh Tong yang menerajui Genting
kini... adakah mereka juga tidak pandai berbahasa Inggeris? Sudah

tentunya tidak!

Zaman ini, zaman ICT, bagi mereka fasih berbahasa Inggeris,
memang mempunyai banyak peluang perniagaan berbanding
dengan mereka yang tidak fasih. Lihat sahaja keliling.


Sekiranya anda tak berapa pandai "speaking", satu latihan yang
anda boleh mula dari sekarang adalah, ambik buku yang menarik
minat anda berbahasa Inggeris (tak kira, nak guna buku motivasi
ke, buku perniagaan ke... komik pun boleh), bila membaca, baca
kuat-kuat.

Bukan maksud saya baca kuat sampai jiran rumah sebelah boleh
dengar. Baca "bersuara" lah katakan... perlahan pun tak mengapa
asalkan suara keluar.

Cara ini adalah untuk menjadikan mulut & suara kita lebih fasih
apabila bertutur dalam English. Kalau kita baca dalam hati sahaja,
bibir & mulut kita tidak "exercise" sama. Tetapi, kalau baca
bersuara, ia akan melatihkan mulut anda untuk lebih lancar
berbahasa Inggeris... secara automatik grammar dan sebagainya
akan sebati dalam pertuturan anda.

Belum cuba belum tahu! tak pandai skipping takpe... jangan tak
pandai speaking pula... :) perlahan-lahan dalam berlatih, lepas

ni boleh ganti Ryan Seacrest!

Pastikan anda klik link ini ~ Program KelabUE

Monday, January 7, 2008

Tips bulan ini: Jangan hanya bergantung kepada 1 punca pendapatan sahaja!

Anda pernah buat kesilapan ini?
Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma baru
dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?
Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar.. Tetapi jangan
risau, kerana hampir 95% orang lain
juga membuat perkara
yang sama... termasuk saya! :-)
Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah
taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang
cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan...
secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca
buku bestseller, Robert T. Kiyosaki "Rich Dad Poor Dad".
Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang
broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau,
Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau
melihatnya.
Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun
melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta
Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan
membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun
menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu...
Ok, biar saya terangkan.
Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama
5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu
projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari projek
hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan
kereta Porsche tersebut. Secara logiknya, bukankah beliau
membeli kereta ini secara percuma?
Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda
mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu
memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan
tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.
Ingat duit yang masuk ke kocek anda ialah aset, dan duit yang
keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa
anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya.
Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote,
boss anda kedekut isteri anda habiskan duit anda atau apa juga
alasannya.
Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup
senang ialah
mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk
membayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak..
semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda
semakin berkurangan. :-(
Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada
satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan
bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh
membantu.
Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya
ialah
internet, MLM (Make Lots of Money), gayapos, ejen insuran,
ejen unit amanah, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda
fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian
hidup anda.
Konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan 
membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar
seorang jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba
fahamkan.
Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!

Pastikan anda klik link ini ~ Program KelabUE

Tuesday, January 1, 2008

Program KelabUE

Program yang pasti mengubah sejarah keturunan, bergaul dengan orang-orang positif, orang-orang kaya secara tak langsung kita menjadi lebih positif dan belajar daripada orang kaya bagaimana menjadi kaya!!!

Banyak kelebihan boleh kita peroleh selain menimba ilmu danpengalaman, dan bagi mereka yang join anda akan di ajar olehgolongan pakar dan jutawan sendiri bagaimana peroleh apa yang anda inginkan dalam hidup ini...

Ramai yang ingin berubah tetapi tak tahu bagaimana, melalui Program KelabUE ini kami akan bantu anda. Saya ingat lagi seorang kawan berkongsi sedikit ilmu yang dia dapat melalui kursus ABC (Awareness Before Change).. Apa yang menariknya ialah benda ni kita tunjuk pada diri kita sendiri dan bukannya pada orang lain, sebab setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri, jika nak berubah jadilah perubahan yang kita inginkan..

Pernahkah kita dengar kata-kata hikmat yang menikam kalbu ni.. "ORANG KAYA MAKIN KAYA.. ORANG MISKIN MAKIN MISKIN !!" Ramai yang cakap benda ni, tapi selalunya keluar daripada mulut yang 'miskin' sebab tak puas hati dengan yang 'kaya'.. Tapi cuba kita tengok balik kenapa jadi macam tu??

Kunci kekayaan orang kaya terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.

Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda.. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda..

Aset : Wang MASYUK
Liabiliti: Wang KELUAR

Ramai orang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda.. Mereka MAHUKAN wang daripada anda.. Mereka tidak BERIKAN anda wang!

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan..

Senang cerita, KAMI ADA JAWAPANNYA!! EUREKA!





Kepada mereka yang berkunjung ke blog saya, TERIMA KASIH saya ucapkan. Tapi setakat melihat tanpa bertindak, anda rasa OK ke? Sekurang-kurangnya TANYA saya BAGAIMANA, hubungi saya, jumpa lebih baik, sebab saya berani jamin, Program KelabUE ini pasti merubah hidup anda 360 darjah selepas ini! Tapi saya nak ingatkan, kalau sekadar email @ sms nak tau ni bisnes apa, suruh datang rumah ke, datang ofis ke, suruh saya datang jumpa ke, tolong jangan buang masa email @ sms saya. Hanya kepada mereka yang POSITIF, benar-benar POSITIF sahaja call & jumpa saya.

Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah:

@hmaditm

Nak lagi info best???

Call je +6018 253 2667 sekarang!