Tuesday, February 5, 2008

Tips bulan ini: Jangan takut kepada KEGAGALAN!

Sering kali kita dengar kisah mengenai kejayaan. Bulan ini,
saya hendak ubah haluan sedikit - saya akan ceritakan kisah

kegagalan!

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal,
terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan
mereka yang berjaya!

Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires
hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada
kejayaan.

Punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana
TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul-betul ayat saya di atas. "Takut kepada kegagalan"
adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya
"Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan"

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri
anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam
mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan
"Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE,
just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh
dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain
baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah

Babe Ruth
.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali
membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam
baseball) ketika
itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth
yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang
paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana
pukulan tidak mengena bola!) - lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum
sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada
Babe Ruth,
mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya
"Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin
hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat
home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba
walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan
dalam mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai
kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi,
tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4
tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi
gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit
sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak
pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian
pasaraya terbesar di
United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat
akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak
mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan
dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering
dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh
untuk pelajari apa sahaja"!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison
juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu
mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan
lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada
melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan
dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang
berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya
melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan

tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Pastikan anda klik link ini ~ Program KelabUE

No comments: